PdPR | wujudkan jawatankuasa khas selesaikan kekurangan peranti, internet

2022-03-22 23

Kerajaan disaran mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah alat peranti dan capaian internet dihadapi pelajar untuk meneruskan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, jawatankuasa itu perlu disertai beberapa kementerian, agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak persendirian.